Hidup yang kelimpahan

Pencuri datang hanya untuk mencuri, membunuh, dan merosak. Tetapi Aku datang supaya manusia mendapat hidup, iaitu hidup yang kelimpahan.
YOHANES 10:10 BM

Kawan-kawan yang saya sayangi, Yesus datang ke dunia ini untuk memberi hidup yang melimpahkan kepada kita. Inilah janji yang diberikanNya kepada kita. Tetapi, kenapa hidup kita tidaklah seperti yang dijanjikan? Adakah Yesus tidak menepati janji?
Bukan! Sebab utama ialah kita "memberi" peluang kepada "pencuri" untuk mencuri, membunuh dan merosak hidup kita. Barangkali, kita berkompromi kepada dosa, yang dibiarkan membesar dalam kehidupan kita. Dosa akan memusnahkan hubungan kita dengan Allah. Allah kita suci, Dia bencikan dosa. Saudara saudari sekalian, marilah kita bertaubat, dan berdoa kepada Allah untuk memberikan kita hidup yang kelimpahan. Amin.

Comments

Popular Posts