“Apakah yang dapat menghalang Kristus mengasihi kita? "

“Apakah yang dapat menghalang Kristus mengasihi kita? Tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kesusahan, kesukaran, penganiayaan, kelaparan, kemiskinan, bahaya mahupun kematian.”
‭‭ROMA‬ ‭8:35‬ ‭BM‬‬


Adakah kita selalu diganggu dengan keadaan kehidupan kita? Setiap hari, kita menghadapi pelbagai cabaran seperti yang dinyatakan dalam ayat di atas. Kita hendaklah fikirkan adakah cabaran-cabaran seperti ini menghalang Kristus mengasihi kita. Kristus tidak akan berhenti mengasihi kita. Tetapi, adakah kita menyalahkanNya kerana cabaran-cabaran tersebut? Adakah kita menjauhkan diri kita dariNya kerana cabaran-cabaran tersebut?

Biarpun berapa teruk keadaan dunia ini, kita harus ingat bahawa Kristus tak akan melupakan kita, ataupun berhenti mengasihi kita.

Doa:
Ya Bapa Allah, saya berterima kasih kepada Anda kerana Engkau tak pernah berhenti mengasihi saya. Saya berdosa, tapi Engkau masih sayangkan saya. Terima kasih Bapa.

Comments

Popular Posts